Pihak berkuasa Rusia dilapor telah membuat keputusan mengharamkan aktiviti senaman yoga kerana ianya dikatakan menyerupai ritual keagamaan Hindu.
Dilaporkan setakat ini dua buah studio yoga di daerah Nizhnevartovsk
telah diberi surat amaran untuk mengolah semula operasi mereka selepas
dipercayai mengajar kelas yoga jenis Hatha, satu jenis yoga yang popular
di Eropah.
Menurut The Moscow Times, surat yang diterima itu mengarahkan mereka
agar tidak lagi mengajar seni gerakan yoga yang menyamai dengan ritual
keagamaan terbabit.
“Surat itu mengatakan Hatha yoga mempunyai persamaan dengan
pergerakan keagamaan agama Hindu. Pihak berkuasa telah mengarah pemilik
yoga itu untuk menghentikan kelas yoga jenis itu.
Seorang guru yoga, Inga Pimenova berkata semua orang terkejut dengan
arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terhadap pemilik
yoga di negara mereka.
Menurut Inga, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam mempratikkan
ajaran yoga dalam kelasnya selepas ini seperti mana mengikut arahan yang
termaktub oleh pihak berkuasa sana.
Mengikut kepercayaan Hindu, Hatha yoga diteraju oleh Shiva, salah
satu dewa Hindu dan pergerakkan yoganya mengajar displin dalam melakukan
gerakan senaman serta bacaan mantera.