Hasnah bersama Nurul Syafikah menunjukkan baju raya yang dipilih mereka. |
Hasnah mengambil Nurul Syafikah Abdullah, 9, sebagai anak angkatnya ketika kanak-kanak itu berusia 11 bulan.
Menurut Hasnah, biarpun dia mempunyai anak-anak lain tetapi semuanya sudah besar dan berumah tangga.
"Alhamdulillah sejak membesarkan dia, rezeki tetap ada malah pada hari ini (semalam) terima pula sumbangan baju raya,” katanya ketika ditemui semasa memilih baju raya sumbangan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain di Jakel Sungai Petani.
Hasnah dan Nurul Syafikah adalah antara 100 penerima yang menerima sumbangan baju raya, semalam.
Hasnah berkata, dia menganggap Nurul Syafikah sebagai anaknya sendiri dan kasih sayang terhadap kanak-kanak itu tidak pernah berubah.
Difahamkan selain Nurul Syafikah, Hasnah juga tinggal bersama seorang anaknya berumur 26 tahun yang berstatus orang kurang upaya (OKU).
Kini Hasnah mengambil upah menoreh getah bagi menampung kehidupan mereka.
Sumber: Sinar Harian