Sebar Berita Palsu: SKMM Beri Peringatan, Ambil Tindakan Undang-Undang


ALOR SETAR - Rakyat Malaysia diberi peringatan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau sebarang khabar angin yang tidak benar berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peringatan berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) melalui sebuah kenyataan di laman sosial Facebook rasminya.

Di dalam kenyataan itu juga, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih termasuk melalui aplikasi permesejan Whatsapp dan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya bersalah.

“Adalah menjadi satu kesalahan bila berkongsi atau menyebarkan perkara-perkara atau kandungan sedemikian kerana ia mungkin melanggar undang-undang negara khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika didapati bersalah hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penjara,” tegas SKMM.