Semua Penduduk Wajib Miliki Senjata Api Di Bandar Ini


Mereka berbeza usia, latar belakang dan pekerjaan. Namun satu perkara menyatukan mereka - semuanya bersenjata.

Inilah penduduk bandar Kennesaw di Georgia, Amerika Syarikat, tempat mana senjata api bukan saja diterima, malah wajib dimiliki.

Ketika kes tembak dan jenayah bersenjata api lain tidak habis-habis didebatkan di Amerika, penduduk pekan ini langsung tidak hairan dengan pemilikan pistol.

Kebanyakan penduduk memang terlatih mengguna senjata api, malah di sebuah kedai dinaikkan papan tanda berbunyi “Notis! Jangan risaukan anjing. Awaslah tuannya!”


Jurugambar Nicolas LÈvesque membuat pemerhatian terhadap pekan dengan penduduk hampir 30,000 orang itu dan mendapati keadaan begitu aman tanpa sesiapa akan berasa takut sepanjang berada di situ.

“Di Kennesaw, penduduk yang baik adalah yang bersenjata. Undang-undang diwujudkan pada 1982 mewajibkan ketua setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya satu senjata api yang berfungsi lengkap dengan peluru.


“Ini bagi menjamin keselamatan penduduknya. Pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang kelainan upaya fizikal atau mental, mereka yang miskin tegar atau tidak dapat memiliki senjata atas sebab agama. Penjenayah juga dikecualikan daripada undang-undang itu itu,” katanya.

Sumber: myMetro