ALOR SETAR - Ketua daerah Purwakarta di Jawa Barat, Dedi Mulyadi dilapor telah mengarahkan semua televisyen di daerah ditutup ketika waktu Maghrib bagi membolehkan kanak-kanak melakukan amalan solat berjemaah, belajar agama dan mengaji al-Quran.
Tindakan itu dikatakan adalah berpunca dari pandangannya yang mendakwa amalan tersebut semakin ditinggal dan diabaikan dipercayai berpunca daripada siaran program televisyen yang tidak membawa sebarang manfaat.
Difahamkan oleh sumber media negara jiran itu, larangan tersebut berkuat kuasa meliputi seluruh daerah itu bermula pada waktu solat Maghrib sehingga solat Isyak.
“Ketika ini, budaya solat Maghrib berjemaah, membaca al-Quran dan belajar agama mulai Maghrib hingga Isyak sudah banyak ditinggalkan.
“Semuanya berpunca daripada program televisyen yang tidak berguna pada waktu Maghrib yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu mengamalkannya,” kata Dedi Mulyadi yang dipetik dari sumber.
Jelas Dedi lagi, bulan Ramadhan merupakan waktu yang paling sesuai untuk menguatkuasakan larangan tersebut kerana umat Islam lalai dengan perkara itu dan mereka wajar digalakkan untuk meningkatkan amal ibadat sepanjang bulan suci itu.
Menurutnya lagi, arahan berkenaan kini telah pun dimaklumkan kepada seluruh pemimpin masyarakat, ketua mukim dan ketua kampung di daerah yang diketuainya.
“Saya mengarahkan mereka mempromosikan larangan tidak menonton televisyen mulai waktu Maghrib hingga Isyak,” jelasnya.
Bagaimanapun, pelaksanaan larangan ini masih kurang jelas kerana dikatakan masih lagi tidak termaktub dalam undang-undang di negara itu. -Kedahnews.com