Penyelidik Jumpa Semut "Drakula" Ditemui Di Madagascar

Semut "Drakula"
ALOR SETAR - Para penyelidik Amerika Syarikat menemui enam spesies semut drakula baharu yang belum pernah dikenal pasti sebelum ini di dua buah negara pulau di Lautan Hindi baru-baru ini.

Menurut laman akhbar Indonesia, Kompas.com, para saintis dari California Academy of Sciences menemui spesies semut drakula baharu itu di pulau Madagascar dan Seychelles.

Semut daripada kumpulan baka Prionopelta ini dinamakan drakula kerana semut ini mengedar nutrisi dalam tubuhnya dengan melukai dan menghisap darah semut yang lebih kecil dalam koloni pentadbirannya.

Prionopelta vampira, dinamakan demikian kerana semut ini membunuh mangsanya dengan menggigit seperti yang dilakukan hantu legenda penghisap darah vampire.

Anehnya, saiz fizikal tubuh semut vampire ini adalah kecil, hanya sepanjang 1.5 mm dan lebar 0.2 mm.

Di hutan, habitat serangga ini kerap dijumpai bermeter-meter di bawah permukaan tanah dan tertutup dedaunan serta sampah organik lain, membuatkan mereka hingga kini susah untuk dikenal pasti.

Jenis Prionopelta lain yang ditemui adalah Prionopelta subtilis. Penemuan enam spesies semut drakula baru ini boleh didapati di jurnal ZooKeys.