ALOR SETAR - Ekoran episod kontroversi yang melanda figura bergelar Diva AA,
iaitu Azwan Ali dua tiga hari ini, ia turut mendapat perhatian agamawan
terkenal, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Beliau yang juga Mufti Perak menyamakan sikap biadab yang ditonjolkan
Azwan melalui laman sosialnya seperti seorang fasik kerana hal
itu mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam.
Dr Harussani juga berkata, tindakan yang dilakukan adik kepada MB
Selangor itu tidak menggambarkannya sebagai Muslim yang sedang berpuasa.
“Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa.
“Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia
seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam
orang berpuasa.
“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia
bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk,” kata tokoh ulama muktabar itu yang dipetik dari portal Astro Awani.
Dalam perkembangan terbaharu isu yang melanda bekas pengacara Melodi itu, Azwan akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial semalam.
Begitu pun ramai yang menganggap ayat dalam permohonan maafnya itu pun tak mencerminkan dia benar-benar insaf melainkan atas dasar hormat kepada Rani Kulup semata-mata.
Apa pun kalau betul-betul mengakui kesalahannya, baguslah. Tapi kalau meminta maaf hanya kerana terpaksa, nampaknya Azwan perlu belajar untuk merendahkan ego dan mengakui kesilapan dengan ikhlas.
Nah, anda harus tonton rakaman video terkini berdurasi 15 saat ini dan nilailah sendiri adakah Azwan benar-benar memohon maaf atau…