Sister In Islam Mohon Batal Fatwa Menyeleweng Dari Islam

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi akan mendengar pada 12 Nov permohonan Sisters in Islam (SIS) dan dua yang lain bagi semakan penghakiman untuk membatalkan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhasniah Abdul Razak menetapkan tarikh itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Majdah Muda, yang mewakili MAIS, memberitahu media bahawa Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan mendengar kes itu.

Pada 10 Dis tahun lepas, SIS dan pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar serta Datuk Mohd Zaid Ibrahim telah mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk permohonan semakan penghakiman.

Semasa membenarkan permohonan itu, Asmabi memutuskan bahawa permohonan ketiga-tiga pihak itu tidak remeh. – BERNAMA