Sungai Nil "Makan" Mangsa, Dikhuatiri 15 Orang Terbunuh


KAHERAH - Dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 15 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah kapal kargo dikatakan telah berlanggar dengan sebuah feri di Sungai Nil, baru-baru ini.

Menurut laporan media Mesir, pihak berkuasa di negara itu telah menahan kapten kapal kargo terbabit selepas berlaku perlanggaran di utara Kaherah tersebut.

Menurut kenyataan dari Kementerian Dalam Negeri negara berkenaan di Facebook, enam dari 25 penumpang feri berkenaan diselamatkan manakala usaha mencari empat lagi penumpang yang hilang masih berjalan.

Kejadian tersebut difahamkan turut disahkan dari sumber hospital dan keselamatan Mesir.

Menurut sumber berkenaan, terdapat ramai kanak-kanak di atas kapal berkenaan tetapi tidak menyatakan usia dua mereka yang terbunuh. -Kedahnews.com