Syarikat Singapura Beri Syarat Perlu Makan Babi Jika Mahu Bekerja ?


Syarat "tidak langsung" yang dikenakan sebuah syarikat di Singapura ini mungkin antara syarat permohonan kerja paling tidak masuk dek akal dan melampau pernah dicipta oleh sesebuah syarikat yang bertamadun.

Mujurlah tidak berlaku di Malaysia. Jika tidak, teruk jugalah "dikerjakan" syarikat tersebut, bukan?

Seorang wanita Cina Muslim yang merupakan warga Singapura terkejut apabila diajukan soalan mengenai pemakanannya semasa ditemu bual bersama wakil syarikat menerusi WhatsApps mengenai pemohonan jawatan kerani.

“Awak tak makan babi kan?” tulis wakil syarikat tersebut.

Difahamkan, "syarat" itu dikenakan kerana syarikat berkenaan sering mengadakan majlis-majlis tertentu dan boleh mendatangkan kesulitan jika ada pekerja yang tidak boleh menjamah makanan tidak halal.

Kecewa dengan hal itu, wanita yang dikenali sebagai Heidi Heng memuat naik perbualan WhatsApps di laman Facebooknya sekali gus menjadi viral di media sosial.

Bukan itu sahaja, pada awalnya wakil syarikat terbabit jelas menunjukkan sifat perkauman dan seolah-olah anti kepada Islam apabila menolak permohonan Heidi kerana menyangka wanita itu bukan berbangsa Cina hanya kerana dia memakai tudung.


Mungkin disebabkan Heidi beragama Islam dan haram memakan babi, dia dilayan sebegitu rupa?

Syarikat tersebut sekaligus menerima kecaman dan kritikan ramai yang tidak bersetuju dengan amalan dan syarat yang tidak relevan itu. -Kedahnews.com