Taksub Pada Paderi, Warga Afrika Sanggup Makan Rambut "Rahmat"


RAMBUT seorang wanita ditelan hidup-hidup dan dijadikan makanan oleh sesetengah pengikut ajaran paderi dari Afrika Selatan, Penuel Mnguni yang didakwa telah merahmati wanita tersebut.

Pengikut yang taksub dengan ajaran paderi itu telah memakan rambut wanita berkenaan yang menurut paderi itu adalah makanan yang telah dirahmati olehnya.


Sebelum ini, menerusi laporan media, Penuel pernah menyuruh pengikutnya menelan pakaian sebagai makanan mereka juga.


Syarahan paderi itu yang pelik pantas menjadi kontroversi di kalangan pelayar laman maya.


Mereka menyifatkan tindakan paderi itu sebagai satu perbuatan yang bodoh malah ada yang menulis, “This shoud win a world record for stupidity” (tindakan ini adalah perbuatan paling bodoh dalam dunia).