Waris keluarga yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam lama membantah tindakan meratakan kubur ini. |
Aktiviti meratakan tanah perkuburan Islam lama yang berkeluasan dua hektar itu disedari seorang pencari buluh, Harun Saidin, 48, ketika melalui kawasan itu untuk mendapatkan buluh lemang.
Menurutnya, menjelang hari raya, dia akan mencari buluh untuk dibuat lemang.
"Tapi saya terkejut bila mendapati habis semua kubur orang Islam dikambus dan ditolak. Hanya tinggal beberapa kubur yang berada di tempat tinggi. Itu pun sudah ditimbun dengan daun kelapa sawit bagi mengaburi mata orang lain.
"Saya terus maklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan perkara ini. Saya tanya adakah ia mendapat kebenaran atau dimaklumkan kepada ahli keluarga waris namun, tak siapa pun yang tahu," katanya kepada Sinar Harian.
Penduduk kongsi tanah dijadikan kawasan kubur
Penduduk, Husain Nasri, 72, berkata, dia sudah tinggal di kawasan itu sejak berusia 10 tahun namun, pada 1951, dalam keadaan darurat memaksanya serta keluarga berpindah ke Kampung Permatang Pasir dalam kawasan Bandar Baharu.
Menurutnya, tanah ini juga dijadikan wakaf tanah perkuburan untuk generasi terdahulu termasuk nenek dan moyangnya dikebumikan di situ.
“Saya tak ada surat menunjukkan itu tanah wakaf perkuburan Islam. Tapi saya masih ingat ia adalah tanah yang dikongsi beberapa penduduk di situ semasa zaman komunis untuk dijadikan tanah wakaf perkuburan Islam.
“Kawasan ini ada lebih kurang 30 kubur termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. Memang tak ada batu tanda atau batu nisan tetapi semua orang yang tinggal di sini tahu ada kubur orang,” katanya.
Husain berkata, kali terakhir jasad disemadikan di kawasan tanah perkuburan ini pada 1949 sebelum darurat.
“Seingat saya sebelum darurat tanah itu juga ada surau dan sekolah sebelum komunis masuk dan kali terakhir jasad dikebumikan pada 1949,” katanya.
Waris, Mohamad Sulaiman, 65, berkata, di kawasan itu jasad nenek dan moyangnya turut dikebumikan.
“Saya sedih apabila dapat berita tanah perkuburan ini sudah ditolak tanpa memaklumkan kepada kami,” katanya.
Seorang lagi waris, Samsiah Harun, 54, berkata, di kubur ini, dua kakak dan seorang abangnya disemadikan sejak berpuluh tahun lalu.
“Saya ada tiga ahli keluarga yang dikebumikan di sini semasa zaman Jepun dahulu.
“Saya sedih dengan kejadian ini. Jabatan Agama Islam kena ambil tindakan segera dan lakukan pemindahan tulang ahli keluarga kami dengan betul,” katanya.
Dalam pada itu, satu laporan polis juga dibuat di Balai Polis Daerah Bandar Baharu pada Ahad lalu.
MAINPP digesa tangguh pajak tanah wakaf kubur
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (MAINPP) menangguhkan kelulusan pemajakan tanah kepada
individu di kawasan tapak perkuburan Islam lama di Kampung Paya Bemban,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang sebelum ia disiasat.
Pengerusi Persatuan Kelab Penyokong Barisan Nasional 1Malaysia (PKPBN1M), Mohd Mukhtar Omar berkata, aduan diterima oleh waris yang mempunyai ahli keluarga disemadikan di kawasan itu pada minggu lalu apabila ada penduduk di kawasan Kampung Permatang Pasir mendapati kubur sudah ditolak dan diratakan.
Menurutnya, isu tanah perkuburan adalah sensitif dan perlu dilakukan dengan mendapat persetujuan semua pihak supaya ia tidak menjadi salah faham sehingga didakwa sebagai pencerobohan.
“Saya dapat panggilan telefon daripada JKKK kampung pada 24 Jun lalu. Saya juga sudah pergi melawat sendiri sebelum ini dan terkejut memang kawasan tanah perkuburan itu sudah rata ditimbus tanah dan hanya tinggal beberapa kubur sahaja,” katanya.
Semak dahulu rekod tanah sebelum dipajak
Timbalan Yang Dipertua Majlis Kerabat Diraja Kedah, Datuk Noridan Spee Yee berkata, MAINPP perlu menyemak rekod tanah sebelum dipajak kepada individu lain sama ada ia tanah wakaf masjid, kubur dan sebagainya.

“Kalau nak sewa kepada individu sepatutnya ada rekod tanah wakaf apa.
Ini semua orang tempatan yang dikebumikan di sini, warganegara lain pun
boleh dikebumikan dalam kawasan tanah perkuburan Islam dengan sempurna.
“Saya dan penduduk tidak setuju tanah ini dipajakkan, MAINPP kena siasat semula begitu juga pihak yang terlibat sebelum membuat apa-apa tindakan,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Salleh Man Mat Aji berkata, pihaknya mematuhi syarat yang ditetapkan dan mengikut prosedur untuk meluluskan kebenaran tanah wakaf itu dipajak.
“Kita juga turun padang dan mendapati hanya ada tiga pusara yang mempunyai tanda dan bantu nisan.
“MAINPP juga sebelum ini sudah membuat surat edaran kepada pegawai daerah, tadbir, tanah dan seluruh agensi kerajaan terlibat. Kami juga sudah maklumkan namun tiada bantahan berkaitan tanah wakaf,” katanya.

Sumber: Sinar Harian