"Tengok La Perangai Jijik Yang Sebenar Seorang Chef Selebriti"

SUSULAN luahan rasa Chef Wan menerusi laman Instagramnya yang mengutuk saudaranya yang pemalas, salah seorang daripada saudara chef selebriti itu tampil membalas ‘kutukan’ yang diterima bagi pihak ahli keluarganya yang lain.

Menurut Jimms GM, mereka saudara-mara tertidur kesiangan kerana letih selepas sibuk melayan tetamu dan peminat Chef Wan yang hadir pada hari raya pertama dan gambar yang dikongsikan chef itu adalah pada pagi hari raya kedua.

Jimms mengatakan Chef Wan banyak menambah ‘gula dan garam’ dalam keterangan gambarnya sehingga boleh menyebabkan orang luar memandang serong kepada ahli keluarga dan saudara maranya sendiri.


Rupa-rupanya mereka tertidur kepenatan selepas sehari suntuk melayan peminat dan tetamu Chef Wan yang datang dari seluruh pelusuk negara pada 1 Syawal lalu…

Selain Jimms GM, seorang lagi saudara Chef Wan tampil ke hadapan mempersoalkan tujuan chef itu ‘memalukan’ ahli keluarganya di laman sosial.


Harap-harapnya mereka sekeluarga bawa-bawalah berbincang kerana tak manislah berbalah dan berbalas keterangan di laman sosial, kan?

Lebih baik berjumpa depan-depan dan berterus-terang daripada masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati di Internet bukan? Habis satu dunia tahu "pekung di dada" keluarga... - Kedahnews.com