Dia dikenali sebagai ‘Peter Pan Korea Selatan’.
Lelaki yang bernama Hyomyung Shin mungkin dilihat sebagai kanak-kanak normal namun jika dilihat pada kad pengenalananya, jangan terkejut sekiranya terpampang nombor 26, menandakan dia berusia 26 tahun!
Dari tubuh beserta pipinya yang labuh comel, siapa sangka Shin dilahirkan pada tahun 1989.
Penyakit ganjil yang dihadapi oleh Shin adalah dikenali sebagai Sindorm Highlander.
Sindorm Highlander juga digelar sebagai eternal of youth (muda kekal abadi) buat kebanyakan para pengkaji.
Penyakit ganjil ini membuatkan tumbesaran seseorang akan menjadi terlalu lambat di mana kesan langsung daripada perkara itu membuatkan tumbesaran pesakit terperangkap di dalam tubuh manusia yang kecil.
Bayangkan walaupun umurnya sudah mencapai 20-an, percaya atau tidak Shin masih tidak mempunyai bulu ari-ari di kemaluannya.
Beliau hanya setinggi 163 cm dan masih mempunyai kulit yang sehalus kanak-kanak kecil.
Menurut laporan dari sebuah portal dari Korea Selatan, Koreaboo, Shin sebenarnya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain namun kadar pembesarannya terbantut ketika usianya mencecah 10 tahun.
Disebabkan penyakit ganjil simpton mudanya tersebut, Shin dilaporkan sering menghadapi masalah sekiranya ingin memasuki bar atau pusat karaoke disebabkan gayanya memang tidak tumpah seperti seorang budak lelaki yang masih belum cukup umur. -Kedahnews.com