Sejak kebelakangan ini kecoh diperkatakan tentang isu kod etika berpakaian di pejabat kerajaan nampaknya masih belum berpenghujung.
Boleh dikatakan hampir setiap hari, ada sahaja individu yang bercerita tentang tindakan pengawal keselamatan melarang mereka masuk untuk berurusan di kaunter kerana memakai pakaian yang terdedah mahupun tidak sopan.
Paling baru, dua adik-beradik warga emas, Huang Zheng Zhou dan Xia Nv, telah dilarang dari berurusan di bangunan Majlis Bandaraya Ipoh atas alasan memakai seluar pendek di atas paras lutut manakala seorang individu lain turut ditegah masuk kerana berpakaian jarang.
Dan seperti biasa, wakil rakyat dari DAP adalah antara mereka yang paling lantang mengkritik mengenai isu tersebut sehingga kadang kalanya "melebih-lebih" dengan pendekatan yang tidak dapat diterima dek akal.
Sebelum ini ADUN Kinrara, Ng Sze dilapor sengaja memperolok-olokkan etika itu.
“Anda dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa sahaja yang anda selesa, selagi tidak berbogel,” tulisnya di laman sosial media Facebook dengan beberapa gambar "kod etika pemakaian" yang dilihat kurang sopan,termasuk sut sukan gimnastik.
Dan terbaru pula, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula seolah menyambut isu berkenaan cuba mencari perhatian ramai apabila bangkit mempersoalkan rasional pelaksanaan kod etika di pejabat kerajaan.
Melalui akaun Facebook peribadinya, Teresa dilihat seakan-akan menyindir peraturan tersebut apabila mengaitkannya dengan cara pemakaian kostum tradisi masyarakat Iban yang mendedahkan bahagian dada dan sebahagian besar kaki hingga ke paras peha.
“Bila saya masuk ke church of Divine Mercy di Shah Alam untuk menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun “tidak tutup aurat” ini.
“Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang.
“Tapi pakaian dan kostum sebegini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia. Inilah kostum dan budaya yang harus dipelihara kerana ia telah menjadi ciri dan tarikan pelancongan di Malaysia.”
Walaupun dia cuba memberikan satu analogi yang disangka bijak, Teresa kemudiannya dikritik oleh pengguna laman maya kerana dilihat seolah-olah mempergunakan tradisi masyarakat Iban sebagai modal untuk berpolitik.
Apa yang jelas, status sindiran itu menyebabkan ramai warga netizen tidak bersetuju dengan tindakan Teresa yang sanggup mempergunakan alasan budaya sebagai strategi untuk mengkritik kod etika berpakaian.
Malah, tindakan Teresa yang "terlampau" itu turut mendapat perhatian budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail yang berharap MP itu tahu perbezaan pakaian seharian untuk berurusan di kaunter pejabat kerajaan dan pemakaian kostum budaya sesuatu kaum.
“Pakaian ritual atau warisan bangsa sebegini bukanlah untuk dipakai sehari-hari atau semasa berurusan di pejabat.
“Ia pakaian warisan bangsa tertentu dan tidak dikenakan apabila hendak ke pasar. Rasanya semua orang tahu bila hendak memakai pakaian kebudayaan atau warisan bangsa masing-masing selain tidak dipakai sesuka hati semasa urusan seharian,” katanya yang dipetik dari laporan Astro Awani.
Tindakan yang dilakukan Teresa Kok untuk mempertahankan kebebasan berpakaian akhirnya mencerminkan pandangan ceteknya terhadap isu tersebut.
Sekiranya diteliti, agak ramai pemimpin politik pembangkang yang kerap memainkan isu ini hanya setelah ia mula menjadi viral, sedangkan etika berpakaian telah diamalkan di negara ini sejak bertahun-tahun dahulu dan ia tidak pernah menjadi satu isu mahupun pertikaian mana-mana pihak.
Hanya kerana sedikit golongan minoriti yang tidak selesa menutup pangkal paha mahupun berpakaian lebih sopan, tidak bermakna ia harus digubal semula bagi memberi izin mereka melakukan apa sahaja, bukan? - Kedahnews.com