Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan |
ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkongsi tips untuk seluruh umat Islam di Malaysia untuk mengamalkan budaya berjimat cermat sempena Aidilfitri ini, namun menegaskan perlu pulang berhari raya di kampung halaman.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, seluruh umat Islam yang merantau perlu pulang bertemu ibu bapa dan sanak saudara bagi mengeratkan tali silaturrahim serta perlu mengukur baju di badan sendiri ketika berbelanja sempena Aidilfitri ini.
“Kalau sebelum ini beli tiga helai (baju), sekarang beli dua helai cukuplah, tak payahlah nak boros sangat kerana kita perlu tahu keadaan kita.
“Ramai lagi orang yang kat luar sana yang tidak berkemampuan. Jadi, janganlah kita didik anak-anak kita untuk bermewah,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Dalam pada itu, Nadzim turut menasihatkan orang ramai agar mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri ini agar tidak boros dalam berbelanja.
Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa kenyataan untuk tidak pulang berhari raya di kampung halaman pada Aidilfitri ini adalah tidak wajar sama sekali untuk diterima akal memandangkan perkara berkenaan adalah sebahagian dari ibadah di dalam Islam.
“Kenyataan jangan balik kampung kalau nak berjimat itu adalah tidak munasabah. Orang ramai kena balik kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa.
“Perjumpaan ini adalah penting untuk anak-anak bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya memetik dari Malaysian Digest.
Seorang panel jemputan sebuah program televisyen baru-baru ini yang mencadangkan agar tidak pulang beraya ke kampung untuk langkah berjimat dan kenyataan itu telah menjadi bahan gelak ketawa ramai pihak. -Kedahnews.com