Gambar Hiasan |
SEMEMANGNYA tidak ada jalan untuk menurunkan berat badan melainkan melalui keazaman dan usaha cekal untuk mengawal pemakanan seharian.
Tak dinafikan memang banyak pelan diet melibatkan makanan dan latihan untuk melangsingkan tubuh tapi apalah gunanya kalau ia tak mampu dilakukan kerana memerlukan komitmen masa dan tenaga.
Justeru jika terdapat satu cara yang unik, ambil masa sangat singkat dan tidak memerlukan anda memerah keringat atau menahan selera makan untuk tampil lebih langsing.. siapa yang tertarik bukan?
Menurut kajian dalam Journal of Obesity oleh Universiti Cornell, menimbang berat badan pada setiap hari mampu meningkatkan semangat untuk berdiet dan bersukan untuk menurunkan berat badan.
Dengar macam remeh tetapi inilah sebenarnya cara efektif untuk membuatkan fikiran diset untuk bersemangat tidak malas menjayakan diet anda.
Kajian ini telah terbukti selepas dijalankan selama dua tahun di mana sebahagian besar responden yang rajin menimbang berat badan didapati berjaya mengekalkan kelangsingan tubuh setelah berdiet.
Ini juga merupakan antara cara untuk mengelak mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan, terus kekal dengan diet diamalkan dan tidak terbabas menjadi gemuk semula.
Jadi mulai pagi esok, mulakan hari anda dengan menimbang berat badan ok?
Tidak lama, hanya 5 minit sahaja tapi mungkin itulah permulaan detik untuk anda menjadi orang yang lebih kurus dan langsing tak lama lagi! Jangan lupa timbang berat anda setiap hari! - Kedahnews.com