Tujuh Individu Bertopeng Bakar Kenderaan Bantah Tawaran Kerajaan Negeri

IMBAS KEMBALI: JEMPOL 15 JUN 2015 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) bersama dengan sebahagian daripada peneroka dan penduduk Kampung Serampang Indah (GATCO) menunjukan isyarat bagus selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Undi Tanah Pertanian Kampung Serampang Indah (GATCO) Mukim Serting Ilir di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah, di sini Jun lalu. - UTUSAN/Abd Razak Aid 
ALOR SETAR - Beberapa buah kenderaan yang berada di kawasan kampung Serampang Indah (Gatco) menjadi mangsa apabila dibakar oleh beberapa pihak yang membantah tawaran Kerajaan Negeri berkaitan tanah ladang di Jempol, semalam.

Dalam kejadian berkenaan, tujuh inidividu menjadi suspek yang dipercayai bertindak di luar batas undang-undang dengan membakar kenderaan di kampung tersebut, awal pagi semalam.

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias menjelaskan bahawa kenderaan yang dibakar itu adalah melibatkan sebuah kereta dan motosikal serta dua buah lori.

“Motosikal dan kereta yang dibakar adalah kenderaan yang dimiliki penduduk yang menerima tawaran kerajaan dan mereka turut bekerja dengan kontraktor yang menguruskan ladang.

“Dua kenderaan itu dibakar di kawasan rumah manakala dua buah lori dibakar di pondok pengawal,” jelasnya.

Tambahnya, ketika rusuhan berlaku, tujuh individu itu sengaja memakai topeng bagi melindungi diri daripada dikenali orang ramai. -Kedahnews.com