VIDEO: 27 Jaringan Skuad Lang Merah Bakal Julang Kedah Ke Liga Super 2016


Dalam misi yang mensasarkan skuad bola sepak Kedah melangkah masuk ke Liga Super 2016 tahun depan, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menaikkan semangat juang menjulang sokongan padu anak negeri Jelapang Padi itu dengan sebuah video klip istimewa.

Video klip berdurasi selama 12 minit 51 saat itu memaparkan gol-gol yang berjaya dijaringkan skuad Lang Merah itu dari mula musim Liga Premier 2015 hingga 26 Jun lalu.

Antara penjaring gol yang dipaparkan ialah Hanif Mat Dzahir, Badrol Bakhtiar, Bang Seung Hwan, Kieth M Nah, Chidi Edeh, Mohd Farhan Roslan, Liridon Krasniqi, Muhd Syafiq Ahmad, Ahmad Shahir Ali dan Sandro Mendonca.


Pada Jumaat ini, skuad kesayangan anak-anak Kedah itu bakal memburu tiga lagi mata penuh apabila dijadualkan bertemu dengan PBD Kuantan di gelanggang keramat, Stadium Darul Aman.

Syabas Kedahnews.com ucapkan kepada skuad Lang Merah dan KFA. Pulun Kedah pulun! -Kedahnews.com