VIDEO: Apa Kata Namewee Tentang Insiden Low Yat Plaza?


Susulan dari insiden kekecohan di Plaza Low Yat yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia sekarang, seorang individu yang pernah mencetus kontroversi, Namewee, juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memberi komen berkenaan isu tersebut.

Bagaimanapun, pandangan Namewee kali ini tidak seperti pandangan-pandangannya sebelum ini yang menimbulkan kemarahan ramai, sebaliknya ia didengar lebih positif dan masuk akal berbanding kebiasaan dirinya.

Meskipun masih tebal pelat Cinanya, Namewee meluahkan pandangannya berkenaan isu tersebut yang sepatutnya tidak langsung dikaitkan dengan isu perkauman yang boleh mendatangkan kemarahan orang ramai.


Kes yang berlaku di Plaza Low Yat beberapa hari lalu kini dilihat lebih cenderung ke arah menyentuh sentimen perkauman, apatah lagi setelah diapi-apikan lagi oleh dengan golongan yang tidak bertanggungjawab, kononnya mahu pertahankan hak masing-masing.

Diharapkan semua masyarakat dapat berfikir dengan lebih terbuka dan cuba mengawal emosi amarah yang boleh memecahbelahkan kesepaduan masyarakat di Malaysia.

Lebih wajar untuk kita yakin dengan kenyataan yang sah dari pihak berkuasa yang tentunya lebih tahu kerana merekalah yang bertungkus-lumus menyiasat tentang insiden tersebut dan berdepan dengan situasi ganas ketika insiden berkenaan berlaku.

Pada pandangan Kedahnews.com, mungkin hanya individu yang berfikiran ke arah perkauman sahaja yang suka membangkitkan isu sensitif tersebut, lebih baik serahkan kes tersebut kepada pihak polis atau pihak yang lebih arif untuk menyelesaikannya.

Jadi bagi memelihara kesejahteraan sejagat, isu perkauman ini harus dihentikan dan tidak dibangkitkan sama sekali, "for a better Malaysia". -Kedahnews.com