VIDEO: Bila Sekumpulan Anak Muda Cina Nyanyi Lagu Hari Raya Secara Berjemaah


Inilah warna-warni dan istimewanya Malaysia, walaupun kita baru sahaja digegarkan dengan kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, namun klip video ini mungkin dapat meredakan sedikit ketegangan yang berlaku.

Klip video berdurasi 30 saat yang kini tersebar meluas di laman sosial, memperlihatkan sekumpulan anak muda berbangsa Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya dendangan Saloma di dalam sebuah tren KTM.

Benarlah firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Aku telah menciptakan kalian dari jenis laki-laki dan perempuan dan Ku-jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku bangsa, agar kamu sekalian saling mengenal" Al-Hujurat, ayat 13
Bukan sahaja menyanyi dengan girang, mereka turut bertepuk tangan dan menari bersama beberapa penumpang lain hingga menjadikan suasana semakin rancak.

Ia dimuat naik oleh pengguna Twitter, Arisya pada malam Isnin lalu dan kini menerima ribuan perkongsian dari netizen.



Baru je ada orang cuba cemar keharmonian kaum kat negara kita... Tapi budak-budak Cina ni relax ja nyanyi lagu Hari Raya secara berjemaah dalam tren komuter... Itulah warna-warni Malaysia... "Sesungguhnya Aku telah menciptakan kalian dari jenis laki-laki dan perempuan dan Ku-jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku bangsa, agar kamu sekalian saling mengenal" Al-Hujurat, ayat 13
Posted by Kedahnews.com on Wednesday, July 15, 2015
Seorang pengguna Twitter @mnasir123 berkata: “Sungguh cantik sekali, rakyat Malaysia. MALAYSIAKU.”

Seorang lagi Pengguna Twitter @akhimstyrone berkata beliau gembira dengan tindakan pelajar dan pengguna komuter yang bersama-sama menyanyikan lagu Hari Raya sekaligus menunjukkan sikap rakyat Malaysia yang masih bersatu walaupun berlainan bangsa dan agama.

Inilah Malaysia kita. Negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya tapi kita dapat hidup bersama-sama dalam satu masyarakat sebagai sebuah keluarga yang besar. -Kedahnews.com