VIDEO: Detik Berharga Bagi Bayi Rabun Dapat Lihat Ibubapa Dengan Jelas

Piper Verdusco
Sebuah klip video yang mampu menyentuh perasaan orang ramai ini memaparkan detik gembira seorang bayi perempuan apabila dapat melihat ibu bapanya dengan jelas buat kali pertama.
Reaksi bayi itu, Piper Verdusco telah dirakam oleh ibunya, Jessica Sinclair yang sangat terharu dan seronok selepas memberi Piper sepasang cermin mata.
Jessica memuat naik video tersebut di laman Facebook dan rata-rata pengguna laman sosial tersentuh dengan reaksi yang ditunjukkan Piper, jelas berlaku perubahan yang sangat besar kepadanya.
baby-girl-glasses-first-time-sees-family-piper-jessica-sinclair-4
Piper dikatakan masih tidak merangkak pada usianya, membuatkan Jessica mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan mata Piper.
Ternyata naluri seorang ibu itu benar apabila doktor yang ditemui mengesahkan situasi yang dihadapi Piper itu ada kaitan dengan matanya yang rabun.

Oleh itu, Piper dikenakan sepasang cermin mata buat kali pertama dan reaksinya sangat tidak ternilai apabila dapat melihat senyuman ibu bapa tersayang dengan jelas.
Rata-rata pengguna laman sosial turut tersentuh dan gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Piper, video itu kini viral di laman sosial sejak ia dimuat naik.