Video: Jari Manis The Rock Patah Ketika Berlakon Filem Terbaru?

Tengok jari The Rock tu...
Bak kata orang Kedah, "seriau" sungguh tengok pelakon aksi lasak dan ganas, Dwayne ‘The Rock’ Johnson telah berkongsikan sebuah video yang menunjukkan jari manisnya patah ketika berlakon.

Pelakon yang juga bekas bintang gusti terkenal WWE itu memuat naik video pendek tersebut menerusi laman instagram miliknya semalam.

Menerusi video itu, Dwayne menyatakan pengarah filem terbarunya, Rawson Thurber berlari ke arahnya untuk bertanyakan keadaan Dwayne selepas berlaku kemalangan kecil.



Haduiii... tengok jari The Rock..! Erkkk... terus Admin pegang jari jemari Admin... ngeri siotttt..!
Posted by Kedahnews.com on Thursday, July 16, 2015
Dwayne kemudiaanya menunjukkan sisi jari manisnya yang telah bengkok itu, namun dia langsung tidak mengerang kesakitan.

Bagaimanaun menurut sumber, perkara itu hanyalah gurauan semata-mata yang direka oleh pelakon San Andreas itu dan jari tersebut sebenarnya adalah palsu.

Patutlah dia langsung tidak mengerang kesakitan dan boleh lagi ketawa, rupa-rupanya palsu semata-mata. – Agensi