VIDEO: Kisah Besar Yang Mampu Mengalirkan Airmata Di Ramadhan, Aidilfitri Ini...

Iklan yang mampu membuat jiwa kita pilu...
ALOR SETAR - Suasana bulan Ramadhan yang penuh keberkatan itu tidak lengkap rasanya jika tidak diringi iklan-iklan menarik bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, bukan?

Menariknya kali ini, pihak Astro mempersembahkan secara ekslusif iklan raya berjudul Tiada Noktah Untuk Kemaafan.

Diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lampau, iklan ini mengupas pengertian sebenar `kosong-kosong`.

Berlainan dengan iklan-iklan terdahulu, Tiada Noktah Untuk Kemaafan memaparkan sebuah kisah benar mengenai seorang pesakit yang juga merupakan bekas penagih dadah bernama Herman dan bapanya.

Menampilkan elemen nilai kemaafan, kisah keluarga ini belum pernah dikongsikan kepada umum sebelum ini.


Keunikan dan nilai pergertian iklan komersial ini terserlah melalui penampilan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya, setelah sekian lama tidak berjumpa.

Bagi kami, iklan kali ini sememangnya sangat memberi impak kepada penonton, tidak seperti iklan lain yang kurang bermesej selain berorientasikan produk semata-mata.

Konsep iklan raya Astro pada tahun ini adalah berlainan berbanding tahun-tahun lalu yang biasanya menampilkan barisan selebriti popular seperti Lisa Surihani, Johan, Erra Fazira, Zizan Razak, Aaron Aziz dan Hanis Zalikha.

Syabas Astro, kelainan kali ini sememangnya mampu mengubah pemikiran masyarakat tentang kepentingan mengeratkan silatulrahim dan bermaafan terutama di bulan yang mulia.

Tak hairanlah, iklan tersebut mendapat reaksi yang positif daripada pengguna YouTube sekaligus menandakan mesej tersurat yang terkandung di dalamnya sampai ke hati penonton. -Kedahnews.com