Video: KURANG AJAR! Anak Dirakam Tampar Ibu Sendiri


Seorang jiran yang mungkin tidak tahan lagi melihat seorang warga emas diperlakukan dengan kejam oleh keluarga sendiri, bertindak merakam bukti untuk membantu warga emas terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

Dalam video yang dimuatnaik di Facebook ApohTecky Numero lantas mencetuskan viral semalam, dapat dilihat warga emas terbabit sedang menyapu sampah di depan rumahnya sebelum ditampar oleh anak perempuannya sendiri dengan kuat di muka.

Menurut perakam, kejadian ini sudah lama disaksikan keluarganya selaku jiran yang amat simpati dengan warga emas tersebut namun tak mampu berbuat apa-apa.

Tambah memilukan, wanita itu seorang yang ceria sebelum bertukar menjadi pemurung malah kepalanya juga dikatakan dibotakkan oleh keluarga sendiri manakala wajahnya kadangkala dilihat mempunyai lebam kesan pukul.

Susulan video yang tersebar ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura telah bertindak pantas menyelamatkan wanita terbabit manakala anaknya ditahan bagi membantu siasatan.


Kejadian dalam video itu berlaku di negara jiran, namun tidak mengira di pelusuk dunia mana sekali pun, sepatutnya dah jadi fitrah manusia untuk ada perasaan sayangkan ibu yang telah mengandung dan melahirkan mereka.

Namun alangkah besarnya rahmat sekiranya mereka-mereka yang selama ini mendera ibu bapa di Malaysia secara mental dan fizikal, turut sama dirakam dan dibawa ke muka pengadilan di negara kita

Kami yakin, diluar sana ada juga di kalangan rakyat negara kita yang menzalimi ibu dan bapa masing-masing, cuma hanya belum terzahir saja lagi, kan?  -Kedahnews.com