Seorang lelaki yang berniat memburu seekor jerung hampir berlaku sebaliknya apabila ikan pemangsa yang diburunya itu seolah kembali memburu dirinya sehingga menyebabkan dia hampir maut.
Lelaki berkenaan yang berasal dari Florida, Ben Chancey, hampir sahaja menjadi santapan di baham seekor jerung yang sedang diburunya.
Bagaimanapun, Ben dikatakan bernasib baik dapat melarikan diri daripada rahang jerung tersebut setelah dia sempat menterbalikkan kayaknya.
Tidak berputus asa dengan kejadian itu, Ben yang seolah "berang", kembali semula menaiki kayaknya dan mula "berentap" sudaya upaya dengan ikan pemangsa lautan itu sambil dirakamkan oleh seorang rakannya dari sebuah bot yang terletak berdekatan.
Setelah berhempas pulas, akhirnya dapat Ben menjerat jerung tersebut, namun tidak dapat dipastikan sama ada dia melepaskan kembali jerung itu ke laut atau terus menangkapnya seperti ikan-ikan lain yang dikail. -Kedahnews.com