VIDEO Lester Melanyi Part III: Rakyat Malaysia Mudah Ditipu Warga Asing

Bekas penulis Sarawak Report, Lester Melanyi
ALOR SETAR - Bekas penulis Sarawak Report, Lester Melanyi meluahkan rasa sedih dan kesal melihat rakyat Malaysia begitu mudah ditipu pemilik blog Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown, berhubung isu kononnya terdapat penyelewengan di dalam 1MDB.

Lester berkata, pembohongan berkenaan perlu dihentikan segera dan menegaskan bahawa rakyat di negara ini tidak wajar lagi untuk terus menjadi mangsa penipuan wanita warga United Kingdom itu.

Bahagian ketiga rakaman video yang memaparkan wawancara dengan bekas Perunding Editorial blog berkenaan turut mendedahkan tentang pembabitan sebuah NGO Antarabangsa, Bruno Mannser Foundation (BMF) yang dikatakan berada di belakang Claire.

BMF sebelum ini merupakan NGO yang berpusat di Switzerland dikatakan telah membiayai Sarawak Report dalam agenda jahat mereka memburuk-burukkan negara dengan mensasarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan 1MDB dengan persepsi negatif.

Mungkin memikirkan dirinya melakukan pembohongan terancang, Claire dikatakan awal-awal lagi cuba mendapat khidmat peguam di Malaysia melalui seorang bekas Hakim, Datuk Linton Albert, sebagai langkah berjaga-jaga. 

Difahamkan oleh Lester bahawa Linton Albert adalah merupakan salah seorang saudaranya.


Mesti tonton! Betapa orang kita percaya sangat pada orang asing berbanding orang kita sendiri... Sampai bila kita nak terus ditipu?
Posted by Kedahnews.com on Monday, July 27, 2015
Lester dalam wawancara berkenaan turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia sama sekali tidak wajar mempertahankan wanita berkenaan dan dia perlu dihukum atas setiap pembohongan yang dilakukan terhadap negara kita.

Selain itu, Lester turut mendakwa pihak yang membawa agenda memburukkan imej kepimpinan kerajaan dan negara itu sengaja memilih Sarawak Report kerana blog berkenaan dimiliki seorang "Mat Salleh" dan bukan warganegara Malaysia sendiri.

Katanya, budaya rakyat Malaysia yang lebih mempercayai warga asing berbanding warganegara sendiri menyebabkan blog berkenaan dipilih pihak tersebut berbanding Malaysiakini atau Malaysian Insider yang lebih terkenal sebagai blog pro pembangkang selama ini. -Kedahnews.com