VIDEO LGBT: Bukan Hanya Di Akhirat, Di Dunia Pun Allah Tunjuk Kehinaan Pada Mereka


Umumnya ramai yang sudah ketahui, saki-baki kaum nabi Luth kini semakin berani mendedahkan identiti mereka kepada masyarakat.

Tidak terkecuali di Malaysia, golongan tersebut begitu berani mendedahkan diri dan cuba memperjuangkan "hak" mereka untuk mengamalkan cara hidup songsang yang dilaknat Allah SWT itu.

Negara kita pernah digemparkan dengan sebuah program yang menjurus ke arah budaya jijik itu oleh mereka yang kononnya memperjuangkan "hak asasi manusia" dan LGBT hingga mencetus kemarahan ramai.

Apatah lagi setelah "hak asasi" mereka itu semakin diterima sejak dimartabatkan oleh Mahkamah Agung di Amerika Syarikat baru-baru ini yang meluluskan perkahwinan sejenis di sana.

Walaupun secara logiknya hubungan sejenis atau gay itu bertentangan dan salah di sisi undang-undang namun rata-rata masyarakat kini dilihat terlalu berfikiran terbuka dan menerima golongan ini seadanya.

Namun, tidak semua masyarakat bersikap terbuka seperti Amerika Syarikat dan Ireland, video eksperimentasi yang menjadi viral ini membuktikan Rusia adalah salah satu negara yang menentang gejala homoseksual atau LGBT.

Walaupun tidak menyalahi undang-undang di Rusia tetapi masyarakatnya sangat mengutuk perbuatan itu.

Sila tonton video di bawah dan lihatlah sendiri penerimaan masyarakat terhadap "lakonnan" pasangan gay yang mendedahkan identiti mereka secara umum. Jika mahu dikeji serta dicerca dan mencetus kemarahan orang ramai, silalah cuba...


Jelaslah terbukti bahawa laknat Allah terhadap golongan berkenaan bukan saja berlaku di akhirat, malah di dunia pun sudah diperlihatkan kehinaan terhadap mereka yang songsang dari sifat tabii asasi manusia itu, kan?

Orang ramai yang bertindak seperti itu nampak gayanya sedikit sebanyak menggugat kedudukan golongan itu untuk terlalu yakin memperjuangkan sesuatu yang sah-sah melanggar fitrah manusia. - Kedahnews.com