VIDEO: Wanita Seksi Pakai "Stiletto" 5 Inci Imbang Bola.. Hebat!

Boleh dikatakan hampir majoriti masyarakat mempunyai persepsi mengatakan bahawa sukan bola sepak tidak sesuai untuk kaum wanita dan hanya tercipta untuk menjadi permainan golongan kaum Adam sahaja.

Namun jika dilihat apa yang berlaku dalam peredaran zaman ini, di mana semua perkara dilihat lebih "universal", "unisex" dan dilihat seolah sesuai dilakukan oleh sesiapa pun.

Lihat sahaja teknik dahsyat yang ditunjukkan oleh seorang wanita di dalam sebuab klip video yang sedang viral ini, dia mampu mengimbang bola sambil memakai kasut tinggi "stiletto" 5 inci dengan mengenakan dress yang seksi dan ketat.

Meskipun begitu, wanita itu berjaya menunjukkan dia mampu melakukan aksi sukar itu dengan dengan bagus, kan?

Mungkin kehebatan dia mengatasi skill kaum lelaki yang dikatakan lebih pandai mengawal bola berbanding kaum Hawa.

Video berdurasi kurang 15 saat itu dilihat telah mencairkan hati ramai kaum lelaki yang menontonnya, malah video berkenaan juga mampu mengurangkan pahala puasa mereka, kan? 

Jadi, nasihat kami kepada kepada kaum lelaki, jangan tonton video tersebut dan biar kaum Hawa saja yang menontonnya untuk dijadikan motivasi bahawa wanita juga mampu lakukan apa saja sebaik lelaki, kan? -Kedahnews.com