VIDEO: Wawancara Bekas Konspirator Sarawak Report Tersebar Di Internet


Sebuah video yang memaparkan pengakuan seorang individu bernama Lester Melanyi tentang konspirasi cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilapor tersebar meluas di laman-laman sosial.

Pengakuan hangat Lester tentang pembabitannya dalam konspirasi dan pendedahannya tentang beberapa individu serta laman portal yang terbabit dalam gerakan terancang itu turut menjadikan ramai  yang "panas".

Lester difahamkan adalah seorang bekas "editor" laman portal, Sarawak Report, dan kini sedang mengalami masalah kesihatan.

Sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report itu di alamat: http://lestermelanyi.blogspot.com/.

Berikut ialah video bahagian pertama yang dimaksudkan:


Sementara itu, satu aduan telah dibuat di Balai Polis Petaling Jaya bahawa terdapat konspirasi memalsukan dokumen dan bukti bagi menjatuhkan Perdana Menteri dan laporan polis berkenaan dibuat oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pagi tadi satu aduan telah dibuat di balai polis petaling jaya bahawa terdapat konspirasi memalsukan dokumen dan bukti bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Aduan dibuat beserta bukti rakaman video dan sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut.

Claire Brown telah didakwa menulis: “Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

Pengadu juga telah merakam pengakuan rakyat Malaysia yang bekerjasama dengan Sarawak Report sehingga beberapa bulan lalu.

“Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.”

Laporan polis tersebut mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

Menurut Rahman, pengadu mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar, “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.

“Jika niat jahat ini benar, ianya adalah satu perbuatan dasyat dan bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.”

Niat jahat ini – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – sudah tentu akan memberi tekanan kepada ekonomi negara.

“Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis termasuklah sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report. - Kedahnews.com