Tidak dapat dinafikan bahawa telefon bimbit adalah antara benda terpenting bagi kita semua, sehingga ramai yang "tension" sekiranya ia hilang atau tercicir tidak dapat diperoleh semula.
Lihat sahaja di sekeliling, semuanya terlalu leka dan asyik hidup di alam maya berbanding dunia realiti hinggakan budak sekolah tadika pun kini ada yang sudah memiliki telefon pintar sendiri, dibelikan ibu atau ayah mereka.
Kewujudan telefon bimbit yang semakin canggih telah melahirkan masyarakat anti-sosial, kalau tidak percaya, cuba tengok sepupu-sepapat kita yang berkunjung berhari raya pada Aidilfiti ini, lihat reaksi saudara mara dan generasi baru bersama telefon bimbit masing-masing.
Silap-silap, kita sendiri lebih kemaruk pegang telefon pintar berbanding mereka, kan?
Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya telefon bimbit mereka kehabisan bateri? Kalau ada "power bank", tidak mengapalah, kan? Namun jika tiada? Apakah mereka akan kembali bersosial? Atau meraung seperti anak kecil?
Video seorang wanita di China yang meraung kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri ini telah viral dan menarik perhatian ramai orang.
Mungkin itu adalah reaksi sebenar setiap orang jika telefon bimbit mereka kehabisan bateri, kelakar tapi jika difikirkan semula, situasi tersebut boleh dikatakan agak kritikal dan parah.
Tapi memang agak teruk reaksi yang ditunjukkan wanita itu, seolah-olah hidupnya tiada lagi makna dan sudah berada di penghujung. Poyo lebih, kan? -Kedahnews.com