Ia dilakar oleh pelukis dari Medium Touch, Zulfadli Ahmad Nawawai, 29,
yang menggunakan elemen hitam putih bagi membolehkan orang ramai
memahami perjuangan Tunku yang bersusah payah untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi negara.
"Ia menceritakan mengenai kemerdekaan negara. Ia turut menceritakan
gambaran di Stadium Merdeka semasa acara pengisytiharan kemerdekaan
dibuat oleh Tunku," katanya kepada Bernama.
Zulfadli yang memulakan karier melukis mural sejak 2005 dibantu dua
pelukis lain yang mula melakar mural Tunku Abdul Rahman sebesar 8x8
meter itu bermula Ahad lepas sebelum siap semalam.
Ketua Biro Belia Cina Kerajaan Negeri Kedah, Tan Chee Hiong berkata,
projek yang dianjurkan biro tersebut serta mendapat kerjasama kerajaan
negeri, merupakan projek komuniti untuk mempromosi tokoh dari negeri
Kedah selain bertujuan menerap semangat patriotisme dalam kalangan
generasi muda.
Beliau berkata, ia juga dilaksanakan sempena Tahun Melawat Kedah 2016
bagi menarik pelancong terutama ke Pekan Melayu dan Pekan Cina.
Pihaknya juga merancang untuk melakarkan beberapa lagi mural, katanya.
Sebelum ini biro tersebut telah menghasilkan mural mengenai aktiviti
masyarakat di Pekan Cina dan Melayu pada dinding sebuah bangunan di
Pekan Cina. - Bernama