Milo Moire |
Kami tidak tahulah tentang trend terkini para pelancong yang semakin hari semakin gemar untuk mencetus kontroversi merakamkan gambar bogel mereka di lokasi-lokasi pelancongan seolah tiada lagi perasaan malu dalam diri mereka.
Terbaru, seorang wanita yang merupakan seorang artis dari Switzerland dilapor telah ditahan oleh pihak berkuasa Perancis kerana berkelakuan tidak senonoh dengan bertelanjang bulat bersama para pelancong lain di Menara Eiffel, Paris.
Milo Moire sememangnya terkenal di negaranya dengan hasil kerja ‘artistik’ yang sering mengundang pelbagai kontroversi panas yang mencetus pelbagai reaksi ramai.
Difahamkan bahawa ketika dia ditahan pada Ahad lalu, perlakuan tidak senonoh wanita itu dikatakan telah berlaku di hadapan ramai orang awam serta kanak-kanak yang melihatnya berbogel di situ.
Akibat mempamerkan perangai tidak bertamadunnya itu, dia telah bermalam di penjara dan dijadualkan akan dihadapkan ke mahkamah untuk menentukan sama ada dia akan dikenakan hukuman denda atau tidak.
Menurut akhbar di negara asalnya, Milo sering terlepas daripada dakwaan undang-undang akibat perbuatannya.
Sebelum ini Milo juga pernah bertindak mengejutkan orang ramai apabila berbogel dan berjalan di sekitar muzium dengan menggendong bayi kononnya untuk mengekspresikan nilai "artistik" yang cuba disampaikan kepada masyarakat. -Kedahnews.com