Yuna Zarai |
Bagai tidak percaya bercampur simpati apabila mendengar apa yang diluahkan oleh penyanyi bersuara lunak, Yuna Zarai tentang pengalamannya ketika membeli-belah di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menerusi luahannya, penyanyi itu sedang berada di sebuah kedai alat solek berjenama, namun hanya kerana memenuhi permintaan peminat untuk bergambar dengannya, penyanyi Terukir Di Bintang itu bagai dihalau, telah diarah keluar segera dari kedai berkenaan.
“Saya diarah keluar dari kedai MAC Pavilion ketika sedang mencari barang hanya kerana peminat ingin bergambar bersama saya,” tulis Yuna yang disertakan dengan simbol thumb down.
Geram dengan hal tersebut, Yuna meluahkan perasaan tidak puas hatinya melalui akaun Twitter dan mendapat reaksi ramai peminat sejak semalam.
Pada masa sama, beberapa netizen mendedahkan pernah menerima nasib yang sama dengan penyanyi itu dan mendakwa mereka tidak mendapat layanan sepatutnya sebagai seorang pelanggan.
Difahamkan, ketika itu Yuna sedang meluangkan masa bersama ibunya untuk membeli belah di Pavilion. -Kedahnews.com