Zain Saidin Akan Terus Cuba Pujuk Che Ta Hamil Lagi...


Kedahnews.com tumpang gembira melihat kebahagian pasangan selebriti popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan apatah lagi semenjak mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaishah Dhia Rana tahun lalu.

Seronok bergelar seorang bapa, Zain Saidin menerusi temu bual bersama Berita Harian mengakui mempunyai keinginan untuk menambah anak meskipun isterinya yang lebih dikenali sebagai Che Ta pernah meluahkan tidak mahu mengandung lagi.

Bagaimanapun, itu tidak mematahkan semangat Zain Saidin yang sedang berusaha memujuk Che Ta untuk berbuat demikian.

“Kalau boleh memang saya nak tambah lagi anak. InsyaAllah ada rezeki. Memang Che Ta kata sebelum ini tak mahu mengandung lagi, tapi saya boleh pujuk Che Ta.

“Ini soal rezeki dan anugerah Tuhan. Takkan nak tolak tuah dan rezeki kalau boleh lahirkan anak yang cantik,” ujar Zain Saidin.

Sementara itu, beliau mengakui tidak kisah akan jantina cahaya matanya selepas ini bersama-sama dengan Che Ta. -Kedahnews.com