Ada Hati Nak Tambah Lagi Satu, Tapi Rumah Dan Kereta Bini Yang Bayar..!

Gambar Hiasan
Pertamanya, sila baca kisah dibawah...





Sudah baca? Bagaimana? Apa pandangan anda? 

Pada pandangan kami, adalah lebih baik dirujuk pada firman Allah di bawah di dalam surah An-Nisa, ayat 3 yang mafhumnya;
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
Namun begitu, jangan pula lupa untuk membaca firman Allah di dalam surah yang sama, pada satu ayat sebaris selepasnya, ayat 4 yang jauh lebih penting untuk difahami selumat-lumatnya, mafhumnya;
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
Sekiranya tidak faham atau kurang faham dengan dua firman Allah di atas, adalah disarankan supaya dirujuk kepada para ulama muktabar supaya jelas kefahaman kita mengenai institusi sebuah perkahwinan di dalam Islam.

Kedahnews.com sebenarnya tidak pasti sama ada kisah yang di atas adalah benar ataupun tidak ekoran ia tersebar secara meluas di laman sosial dan menjadi bahan tawa warga netizen.

Namun, sama ada benar atau tidak, mungkin cerita seperti ini agak baik untuk dan tepat untuk dijadikan pengajaran buat semua lelaki yang bergelar suami agar menghargai pengorbanan isteri yang menyerahkan segalanya untuk mereka, kan? -Kedahnews.com