AirAsia Mula Penerbangan Laluan KL - Goa Pada 27 Ogos Ini


KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan tiga kali seminggu antara Kuala Lumpur-Goa mulai 27 Ogos.

Ini merupakan laluan kedua ke India yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan tambang rendah itu tahun ini selepas sektor Kuala Lumpur-Visakhapatnam pada Mac.

“Kini menunggu penerbangan pertama kami bagi laluan Kuala Lumpur-Goa pada 27 Ogos,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes menerusi tweetnya.

Beliau turut mengumumkan dua tempat duduk percuma untuk tweet terbaik dengan hashtag, #airasiagoa.

Goa negeri India di Pantai Barat India dan menghadap Laut Arab, masih mengekalkan ciri-ciri penjajah Abad ke-16 selain seni bina Warisan Dunia. – BERNAMA