Aksi Bercium Mulut Syarifah Sakinah Dengan Suami Buat Ramai Yang Panas


Kontroversi panas dan Sharifah Sakinah sememangnya bagaikan tidak terpisah. Malah, kritikan dari ramai pihak yang diterima juga seolah mencurah air di atas daun keladin, sama sekali tidak pernah berkudis di hatinya.
Sinonim dengan perangai selamba, Sharifah Sakinah sekali lagi mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar bercumbu bersama suami menerusi laman Instagramnya.
Seperti biasa, gambar tersebut mengundang kritikan dan kecaman sesetengah peminat yang berpendapat adegan bercium mulut agak keterlaluan dan menunjuk-menunjuk untuk dikongsikan dengan umum.
Namun, tidak kurang juga yang menyokong foto tersebut dan menyifatkan ianyatidak salah kerana Sharifah Sakinah dan Aliff mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.
Peminat-Bergaduh-Bila-Sharifah-Sakinah-Cium-Suami-Sendiri-ROTIKAYA_in

Alahai, tak pasal-pasal peminat Sharifah Sakinah berbalah sesama sendiri menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu ini.
Kontroversi seperti ini juga pernah menimpa Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 dahulu.
Sebelum ini, sememangnya perbuatan bercium mulut secara terbuka dianggap sebagai bertentangan dengan norma budaya timur membuatkan ramai beranggapan ianya kurang manis untuk dikongsi buat tontonan umum.
Namun mungkin ada pihak tertentu sebelum ini yang galak bersuara kononnya "hak asasi manusia" dan terlalu "liberal", mungkin budaya ketimuran di negara kita semakin ditinggalkan golongan muda dan digantikan dengan budaya kebaratan yang kononnya lebih "ohsome". Ye ke? -Kedahnews.com