Album Solo Mendiang Kurt Cobain Dilancar Pada November Depan

Kurt Kobain 
Album solo penyanyi Kurt Kobain bakal dilancarkan pada 6 November depan selepas dua dekad bekas vokalis kumpulan Nirvana itu membunuh diri.

Billboard melaporkan, album Kurt Cobain: Montage of Heck itu turut dilancarkan dalam bentuk DVD/Blu-ray pada hari sama.

Ia diterbitkan oleh Brett Morgen dan bakal mengandungi lagu yang tidak pernah dilancarkan oleh Kurt semasa hayatnya dan dokumentari mengenai mendiang.

"Ia bakal menjadi projek yang menakjubkan kerana kandungannya belum pernah didedahkan sebelum ini," ujarnya Brett.

Sumber: mStar