Anzalna Akui Akan Nikah Dalam Masa Terdekat, Tapi Tarikhnya Rahsia


Pelakon jelita, Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan kepada pihak media bahawa dia bakal mengakhiri zaman solo tidak lama lagi bersama kekasih hatinya, Hanif Zaki.

Difahamkan bahawa Anzalna yang kini sedang giat melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya lebih memilih untuk merahsiakan tarikh pernikahannya terlebih dahulu.

"Saya kini sedang dalam proses melakukan persediaan untuk menamatkan zaman bujang. 

"Saya lakukan satu persatu. Saya sudah mempunyai kereta dan rumah sendiri, kalau boleh biar semuanya lengkap. Saya melakukan persiapan perkahwinan ini pun secara perlahan-lahan.

"Untuk tarikh nikah, biar saya kunci mulut dahulu," ujarnya.


Mengulas mengenai impian bagi majlis perkahwinannya nanti, Anzalna memberitahu bahawa dia lebih mendahulukan kemahuan ibu bapanya dalam perkara ini.

"Sebarang perkara yang berlaku di majlis itu nanti, biar saya dahulukan permintaan ibu bapa. 

"Apa yang mereka mahukan di majlis itu nanti akan saya ikut dan turuti. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja, saya mempunyai ibu bapa yang sangat memahami dan sporting," kata Anzalna lagi.

Semoga segala perancangan majlis perkahwinan Anzalna berjalan lancar dan moga berbahagia kami ucapkan. -Kedahnews.com