Bank Rakyat Tawar "Personal Loan" Khas Untuk Pekerja Kilang

Gambar Hiasan
Bank Rakyat hari ini mengumumkan tawaran pembiayaan peribadi bagi pekerja sektor perkilangan yang berpendapatan bulanan minimum RM1,000.

“Jumlah pembiayaan sehingga RM5,000 dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun dengan kadar keuntungan yang kompetitif,” kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.

Bank Rakyat memaklumkan mereka yang layak memohon perlu berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan.

Kata Bank Rakyat, pemohon pembiayaan peribadi itu tidak perlu mengemukakan penjamin.

Jelas Bank Rakyat, variasi bayaran balik sama ada melalui potongan gaji majikan, biro perkhidmatan angkasa, pindahan gaji atau tunai.

“Pekerja sektor perkilangan yang berminat, boleh memohon Pembiayaan Peribadi Swasta di 15 cawangan Bank Rakyat terpilih seluruh negara atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454,” kata Bank Rakyat. -Kedahnews.com