KUALA LUMPUR – Pertubuhan propembangkang, Bersih 2.0 mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dikenali sebagai Bersih 4 akan diadakan di seluruh Malaysia pada 29 Ogos ini.
Perhimpunan itu didakwa bertujuan menyelamatkan ekonomi Malaysia, menegakkan hak kebebasan di negara ini dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang merengkok dalam penjara kerana meliwat.
“Pada 29 Ogos 2015, Bersih akan menganjurkan sebuah perhimpunan aman yang digelar Bersih 4 di Malaysia dan di serata dunia untuk menuntut kerajaan yang Bersih.
“Marilah bersama-sama kami dan rakyat Malaysia yang lain untuk berdiri teguh, bersatu demi membina Malaysia yang lebih baik untuk anak-anak kita semua,” kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan media hari ini.
Bersih 2.0 dalam pada itu mendakwa rakyat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya seorang diktator yang perlu ditentang oleh rakyat.
Pertubuhan itu turut mendakwa, bapa mereka (Anwar) bukan kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari tetapi kerana menjadi pemimpin Pakatan Rakyat yang telah berkubur sejak Jun lalu. -Kedahnews.com