Bersih 4.0: Skuad Keadilan Ganti Tempat Unit Amal PAS?

Nik Nazmi Nik Ahmad
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mewujudkan Skuad Keadilan bersempena perhimpunan bagi melumpuhkan kerajaan pada 29 dan 30 Ogos ini.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, skuad itu bertujuan membantu dan mengawal orang ramai yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Kami akan bersama-sama memastikan perhimpunan berjalan lancar.

“Kekuatan kami 700 orang dengan tujuan ‘crowd control’ dan pemudah cara himpunan,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Kewujudan Skuad Keadilan itu dipercayai bagi menggantikan Unit Amal PAS yang tidak akan menyertai perhimpunan itu.

Ia berikutan penegasan pimpinan PAS bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan tersebut kerana enggan menggunakan saluran `jalanan’ bagi menjatuhkan kerajaan.

Unit Amal PAS adalah kumpulan yang dipertugaskan untuk memantau dan mengawal orang ramai dalam perhimpunan anjuran pembangkang terutama PAS.