Beruang-Beruang Ini Dianaiya Manusia Semata-Mata Untuk Hiburan

Foto 'peninju' beruang yang tersebar di laman sosial.
SHANDONG - CHINA. Beberapa foto yang viral menampil dua ekor beruang dilatih untuk bertinju di China telah menaikkan kemarahan golongan pencinta haiwan, semalam.

Menurut Express.co.uk, pengarah bersekutu kumpulan aktivis haiwan Peta, Elisa Allen mengecam aktiviti tersebut dan meminta China 'menyertai negara-negara bertamadun dan berfikiran terpelajar'.

"Dahulu (haiwan diajar) menari, mengayuh basikal dan bermain kasut roda. Sekarang, bertinju pula menjadi aktiviti beruang yang diikat di mulut dan dipaksa untuk memperi pentunjukan," kata Allen kepada wartawan.

Foto-foto yang tersebar menunjukkan beberapa ekor beruang dari Taman Haiwan Liar Tsingtao dipakaikan sarung tinju, diikat di mulut (muzzle) dan dirai seperti seorang peninju manusia.

"Beruang menjelajah alam liar, berenang, menggali, memanjat pokok dan perlbagai aktivi semulajadi mereka.

"Tetapi digunakan dalam aktiviti tinju? Haiwan liat di China langsung tidak merasa untuk hidup di dalam hutan. Mereka diletakkan di dalam sangkar, di pamerkan dari bandar ke bandar dan dikeluarkan hanya untuk membuat persembahan," kata Allen garang.

Sebelum ini, aktivis juga mengecam China kerana tidak menghalang festival Yulin dari berlaku.

Festival Yulin menyaksikan berpuluh-puluh anjing dan kucing dibunuh untuk dijadikan makanan manusia.

Sumber: Sinar Harian