Boleh Sedekah Solat Sunat Kepada Arwah Macam Al-Fatihah?

Gambar Hiasan
Bolehkah kita sedekahkan solat sunat kepada arwah orang yang telah meninggal dunia seperti kita sedekahkan al-Fatihah? 

* Yusoff, Serian, Sarawak. 

UKE: Mana ada sedekahkan solat kepada arwah. Yang dimaksudkan ialah menghadiahkan pahala kepada si arwah. Kita bermohon kepada Allah SWT agar si mati dicucuri rahmat. 

Tiada hadis yang jelas tentang solat sunat hadiah, malah ulama berpendapat yang dimaksudkan dalam hadis adalah solat sunat mutlaq dan solat yang disyariatkan adalah solat jenazah dan solat jenazah ghaib sahaja untuk si mati. 

Segala amalan kebaikan yang dikaitkan kepada si mati adalah sampai ganjaran pahalanya.

Sumber: Utusan