MENARA Eiffel Tower yang menjadi ikon Paris. |
China terkenal dengan kemampuan rakyatnya meniru apa sahaja, dari syampu berjenama sehinggalah ke seluruh kedai menjual barangan produk Apple.
Akhir-akhir ini negara itu membuat beberapa kejutan yang menarik perhatian antarabangsa.
Sejak beberapa tahun lalu, syarikat di China membina beberapa replika mercu tanda dan monumen terkenal dunia seperti Menara Eiffel, Colosseum dan Rumah Putih.
Kebanyakan replika itu boleh dilihat di Taman Dunia yang menjadi tarikan terbaru Beijing.
Di taman itu, anda boleh melihat replika bangunan Rumah Putih dan Sydney Opera House.
Replika Sphinx pula boleh ditemui di luar Shijiazhuang, timur China.
Satu lagi binaan penuh replika Sphinx terletak di Taman Expo Warisan Kebudayaan Dunia di Chuzhou.
REPLIKA Colosseum yang dibina di Macau. |
Apa yang membezakan Sphinx di Shijiazhuang dengan Chuzhou ialah topeng berwarna yang dipasang pada patung berkenaan.
Lebih menarik lagi, sebuah piramid berskala besar juga dalam pembinaan di taman itu.
Beberapa lokasi di China, turut terdapat beberapa lagi replika mercu tanda dan monumen popular dunia.
Patung Moai yang terkenal di Pulau Easter di Chile turut dibina di kawasan pejalan kaki di Beijing.
Manakala, di Shanghai pula, anda pasti terkejut melihat replika menara condong Pisa yang terkenal di Itali.
Di Hangzhou, timur China, replika mercu tanda Perancis seperti Champs-…lysÈes dan Eiffel Tower dibina di ladang yang kini menjadi kawasan kediaman.
Sebuah hotel lima bintang yang tidak dinamakan di Beijing, dibina mirip Ch‚teau de Fontainebleau, sebuah istana terbesar di Perancis.
REPLIKA menara Eiffel Tower dan Champs-…lysÈes dibina di atas tanah ladang di Hangzhou. |
Sementara itu, tugu Arc de Triomphe yang terletak di Paris, Perancis boleh ditemui di luar pasar raya Carrefour di Beijing.
Sebuah lagi replika serupa juga dilihat di luar sebuah sekolah di Wuhan, tengah China.
Pembinaan replika mercu tanda dan monumen terkenal dunia bukanlah baru di China.
China mempunyai banyak replika mercu tanda, termasuk yang terdapat negara itu sendiri.
Sumber: myMetro