Dakwaan DAP Terima Dana Dari Soros, Guan Eng Enggan Layan Soalan


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekadar ketawa apabila diajukan pertanyaan oleh media tentang dakwaan yang mengatakan partinya menerima dana politik daripada pedagang mata wang antarabangsa, George Soros.

Tidak menafikan dakwaan tersebut sebagaimana yang dijangka, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa bahawa isu berkenaan sebagai melucukan dan merasa ia hanya membuang masa untuk dilayan dengan memberi jawapan.

“Ini bukan sahaja tidak masuk akal tetapi sangat lucu. Macamana harus saya respon kepada dakwaan yang sangat tidak masuk akal ini," 

"Saya tidak mahu membuang masa saya dengan memberi respon kepada isu ini," katanya yang dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Dakwaan berhubung DAP menerima dana politik daripada "penyangak" matawang dunia itu dikatakan telah dibuat oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini.

Rahman juga mendakwa yang parti-parti pembangkang telah menerima sumbangan dana daripada sebuah organisasi yang berpusat di Amerika syarikat iaitu National Endowment for Democracy (NED). -Kedahnews.com