Penasihat DAP, Lim Kit Siang |
Gara-gara Ketua Setiausaha Negara menukar dua pengarah SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), DAP "mengarahkan" semua UMNO Bahagian di seluruh negara supaya menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Mesyuarat UMNO Bahagian di seluruh negara perlu menjadi barisan hadapan dalam usaha tersebut.
“Saya minta semua UMNO Bahagian (bersama DAP) bangkit mempertahankan negara. Mesyuarat UMNO Bahagian perlu menjadi barisan hadapan dalam usaha ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
Kit Siang mengeluarkan `arahan’ kepada UMNO Bahagian di seluruh negara itu dengan alasan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, baru-baru ini.
Dua pengarah tersebut adalah Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
Bagai 'menangguk di air yang keruh", Kit Siang seolah meneruskan propaganda meningkatkan kebencian rakyat terhadap Mohd Najib dan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang dikatakan sedang mengalami masalah dalaman. -Kedahnews.com