DAP "Arahkan" Semua Melayu Lupakan Jasa Sumbangan UMNO?

Penolong Setiausaha Publisit Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari
KUALA LUMPUR – DAP dilaporkan semalam seolah "mengarahkan" seluruh masyarakat Melayu spuaya mengabai dan melupakan segala sumbangan dan jasa yang parti UMNO telah lakukan untuk mereka selama ini.

Penolong Setiausaha Publisit Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, segala jasa itu tidak wajar dikenang kerana Melayu telah lama wujud sebelum UMNO.

“UMNO lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun?

“Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari sebuah portal, semalam.

Zairil Khir berkata, ketamadunan Melayu termasuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan dan kebudayaan bukan kerana UMNO.

Beliau turut mendakwa, UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan kini sudah menjadi parti rasuah dan kronisme.

“Retorik UMNO untuk membela orang Melayu hanya omong-omong kosong, apabila merekalah sebenarnya yang merugikan bangsa dan negara,” dakwanya. -Kedahnews.com