DAP Dakwa UMNO Adalah "Penjajah", Negara Perlu "Dibebas" Melalui Bersih 4.0

Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago
ALOR SETAR – Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago mendakwa UMNO merupakan pihak yang telah menjajah negara selepas merdeka dari penjajahan British.

“Malaysia perlu dimerdekakan daripada UMNO”, kata pemimpin DAP itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Klang mendakwa, Malaysia perlu dimerdekakan daripada penjajahan UMNO melalui demonstrasi jalanan.

“58 tahun dulu kita menuntut kemerdekaan daripada British. Hari ini adalah tangisan untuk menuntut kemerdekaan daripada UMNO

“Mari kita menyertai perhimpunan Bersih (4) untu menuntut hak kita yang telah dirompak oleh pemerintah negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan Santiago itu secara tidak langsung mengesahkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos bertujuan melumpuhkan dan menggulingkan kerajaan.

Penganjur Bersih 4 sebelum ini mendakwa perhimpunan itu bukan untuk menjatuhkan kerajaan sebaliknya hanya acara untuk mendesak pilihan raya yang adil.

Perhimpunan itu bagaimanapun dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada penjara. -Kedahnews.com